Thursday 28 July 2011

. ramadhan .

Assalamualaikum....

Buat sahabat2 y dikasihi sekalian.....

Semakin hari semakin dekat kita dgn ramadhan.....

Adakah kita semua sudah bersedia untuk menyambut kedatangan Ramadhan?

Harap2 semuanya sudah......


Apa persediaan kita???

Sepatutnye......

Pertama pertama kita adalah, persediaan dari sudut ilmu. Perkara yang berkait dengan puasa seperti syarat sah dan batal, rukun, sunat dan makruh, adab dan akhlak berpuasa.


Selain ibadah puasa, baik juga ilmu-ilmu perkara lain ditinjau sama. Solat berjamaah, iktikaf, tadarrus dan tilawah al-Quran, qiyamullail, lailatul qadar, sedekah, tarawih, dan sebagainya.

Kedua, persediaan dari sudut kesihatan. Kesihatan yang baik membolehkan kita beribadah dengan selesa. Ada yang berkata, kalau sakit, boleh buka dan qadha lain kali.
Tetapi agama mengajar kita, berpuasa di luar Ramadhan tidak sama pahala berpuasa di dalamnya. Menjaga kesihatan termasuklah soal pemilihan dan penjagaan makanan, tidur yang cukup dan lain-lain.
Orang yang bertenaga boleh bertahan membaca al-Quran, solat tarawih lengkap 20 rakaat bahkan sempat qiamullail pada waktu sahurnya. Adalah faktor-faktor lain, bukan kesihatan semata.

Ketiga, persediaan dari sudut kewangan. Bagi yang bekerja makan gaji, simpanlah sedikit gaji untuk bersedekah di dalam bulan Ramadhan.~tidak ketinggalan tuk kite guru pelatih y dpt elaun ni.....nk bersedekah  pon bleh jika kita mampu.....
Sedekah seringgit di luar Ramadhan nilainya tidak sama di sisi Allah dengan sedekah seringgit di dalam Ramadhan. Bersedekahlah dengan memberi makan orang berbuka puasa, atau mewaqafkan sesuatu yang lebih berkekalan.
Ada duit lebih, bersedekahlah segulung sejadah kepada masjid atau surau yang memerlukan. Atau kitab suci al-Quran kepada sekolah-sekolah agama. Atau menyumbang pembangunan pusat-pusat pendidikan seperti PASTI dan sebagainya.
Banyak lagi persediaan sebelum bertemu Ramadhan, tetapi rasa saya, inilah yang penting.
Marilah kita berazam supaya menjadikan ibadah kita pada Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu. Puasa, solat, sedekah, tadarrus dan semuanya sekali.

Tetapi bukanlah Belum lagi Ramadhan tiba, sudah sibuk berkira-kira pasal hari raya. Tempahan baju raya sudah dibuat sebulan dua lalu. Ada yang sudah berkira-kira membeli langsir dan sofa baru.
Media tv kita pula sudah sibuk membuat rakaman lagu-lagu sempena hari raya. Tidak lupa drama, sitkom dan sebagainya.

Oleh itu kawan2..............


Ayuh sucikan diri sendiri,
Bersihkan juga sekutul hati,
Buang semua dendam dengki,
Hindar segala caci dan maki...


Jaga mata jaga telinga,
Kawal lidah kawal suara,
Dekatkan diri pada Yang Esa,
Halau pergi riak dan ria...




Assalamualaikum....


1 comment: