Sunday 19 February 2012

minggu 3

Assalamualaikum...

ok minggu ke3....tp psal Santrock xde ea...sory...ni je y kte dpt....

MINGGU 3
·         Sebab-sebab guru itu disayangi:

1.    baik hati
2.    kecindan
3.    mesra
4.    penyayang
5.    kreatif
6.    memahami
7.    cantik atau kacak
8.    kemas
9.    bijak mengawal emosi

·         ciri-ciri guru yang efektif :
1.    mempunyai nilai-nilai keguruan seperti baik hati, bertanggungjawab, mempunyai unsur jenaka, sabar, adil, luwes, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi, bersifat kepimpinan dan yakin.
2.    sifat dan kualiti sosial seperti budi pekerti yang sopan, ramah mesra, merendah diri, mempunyai semangat untuk berbakti, dan jujur.
3.    sifat dan kualiti profesional seperti mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, berpengetahuan ikhtisas, suka membaca, kemahiran bertutur yang baik, daya ingatan yang tinggi, dan berdaya usaha.

·         Implikasi apabila guru gagal menjadi guru yang efektif:
  1. murid-murid tidak suka berdamping rapat dengan guru
  2. isi pengajaran tidak dapat disampaikan dengan berkesan
  3. murid tidak faham ajaran guru
  4. murid tidak menghormati guru
  5. murid mundur dalam pelajaran
  6. murid malas dan tidak mendengar arahan guru
  7. rakan sejawat tidak suka bergaul rapat dengannya.
·         Peranan guru sebagai pembentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif:
  1. mengurus rutin bilik darjah
  2. mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi dan meja.
  3. mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah.
  4. mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  5. menguruskan bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.
  6. menguruskan aktiviti berkumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.
  7. mewujudkan iklim bilik darjah terbuka, iaitu menggalakkan murid bebas berinteraksi antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah.
  8. membentuk murid dengan sikap dedikasi, berinisiatif, bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif , serta lebih tinggi motivasi.

No comments:

Post a Comment