Monday 4 April 2011

EsEmEn VS MaUt


Hari ini semua Ahli pai3 dikejutkan dengan esemen pedagogi kena hantar hari khamis ni iaitu 07 April 2011. Waaa… semua mengalami perasaan kecuakan yang melampau… ramai lagi yang tak buat apa-apa..

Semua sedang bertungkus lumus untuk esemen pengenalan kurikulum pendidikan Islam.
Selepas proses tawar-menawar ustazah kata hantar ahad. Kira boleh la…
Alhamdulillah rezeki memihak kepada kami untuk hantar hari selasa. Dan tarikh muktamad untuk hantar adalah selasa ni 12 April 2011. Tarikh yang sebenar-benarnya kena hantar 17 April 2011. Tetiba je kena cepatkan.
Itu baru tugasan yang diberikan manusia. Semuanya dihantar untuk mendapat markah daripada manusia untuk kejayaan dunia.
Macam mana pula kalau tetiba Allah ambil nyawa kita tanpa …….. (faham2 je la..=)
Kita ni selalu hidup dan xpernah fikir pun kalau tetiba kita mati esok. Kalau esemen kita prepare beria supaya dapat markah lebih. Tersusun je kita buat, terancang bak kata orang sistematik la.
Tapi kalau bab ibadah, nak prepare untuk dunia akhirat yang memang sure2 kita akan pergi juga dan memang sangat memerlukan markah yang TERRRRSANNNGGGGAAATTT cemerlang supaya boleh masuk syurga, boleh tengok muka Rasulullah hari-hari, boleh menikmati nikmat syurga kita tak prepare pon macam kita prepare esemen. Dah la masa untuk hantar esemen IBADAH tu langsung kita tau. Kot..kot esok… xesok… hari ni…. Xhari ni…kejap lagi…
Dah sedia.. boleh prepare kalu dah ada dalam kubur?? Boleh minta tangguh kat mungkar nakir masa dy tanya pasal soalan2 peksa kubur tu… cakap la “boleh tak bagi jawapan minggu depan”
Kita ni memang… tu sebab Allah dah berfirman dalam surah As-Sajadah :12
!$oY­/u....... $tR÷Ž|Çö/r& $uZ÷èÏJyur $oY÷èÅ_ö$$sù ö@yJ÷ètR $·sÎ=»|¹ $¯RÎ) šcqãZÏ%qãB ÇÊËÈ  
"Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin”
Cuba tengok ayat ni..nilah ayat orang yang menyesal... bila dah masuk alam barzakh  baru nak menyesal... baru nak kata “kalau diberi peluang untuk kembali ke dunia ak confirm xbuat dosa dah”
Bila dah balik buat balik perangai lama..
Dak masuk alam barzakh balik “cakap balik kata nak g dunia balik”
Tu lah manusia... nyesal... buat balik.. nyesal... buat balik... nyesal balik... buat balik... baik tak payah!!!
Jadi ingat lah.. kita selalu kalau berkaitan agama mesti jadikan benda tu yang last atau second last atau third last atau forth last and so on la... yang berkaitan dengan ISLAM mesti letak bahagian last-last. Yang hiburan, yang esemen, yang bab-bab pekse, yang bab-bab markah atau kepuasan manusai didahulukan.
ASSIGNMENT DIDAHULUKAN, PEPERIKSAAN DIUTAMAKAN.
Jadi fikir-fikirkan lah kerana dirimu begitu berharga.





No comments:

Post a Comment