Monday 4 April 2011

kehairanan??

assalamu'alaikum wbt..

aku hairan!!?

~buat bacaan dan renungan bersama, insyaAllah~
Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada iblis laknat, “Wahai iblis, Apakah ikhtiarmu ke atas umatku, aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah.” Iblis menjawab, “Ya Tuhanku! Demi kemuliaan-Mu,akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikut ajaran nabiMu, aku akan mencampur gaulkan lelaki dengan wanita supaya senang aku mencelah ditengahnya.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Wahai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”

Kata iblis, “Ya Muhammad! Sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap umatmu dalam 2 perkara iaitu;

 
1. Mereka mengaku mencintai Allah s.w.t. tetapi dalam masa
    yang sama, mereka masih melakukan maksiat serta perkara
    mungkar.

2. Mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih
    mahu mengikut segala hasutanku.”
 
            Allah berfirman, “Sememangnya engkau makhluk terkutuk! Demi kemuliaanKu, Aku akan berikan kepada umat Muhammad 2 kebahagiaan iaitu;
 
1. Kecintaan mereka terhadapKu, akan Aku jadikan penebus
    dosa atas kesalahan yang mereka lakukan kerana tipu
    helahmu.
2. Marah mereka itu kepada kamu akan Aku jadikan penebus
    dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan.”

Iblis menjadi tercengang apabila mendengarkan penjelasan sedemikian daripada Allah. Barulah iblis mengetahui bahawa umat Nabi Muhammad adalah umat yang amat disayangi oleh Allah s.w.t. yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

No comments:

Post a Comment