Tuesday 3 May 2011

- UkhWaH -

Assalamualaikum...




“Dari Annas bin Malik, Rasulullah bersabda ; Tidak sempurna iman seseorang salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya…”
“Kedatangan Kaum Muhajirin ke Kota Makkah Disambut dengan UKHWAH oleh Kaum Ansar…”
“As-Shahid Imam Hassan Al-Banna menjadikan ia salah satu rukun bai’aa.”
“Pautan yang paling kukuh sesama manusia Islam ianya Ukhwah..”


Hari demi hari , detik demi detik menunjukkan masa tidak akan terhenti, yang terhenti hanyalah manusia sendiri ..
Mampukah kiter menerima sahabat dengan ukhwah??..”
Ukhwah yang cmne kte kne tunjuk??..”
Ukhwah?? Cne tu?..”
Soalan-soalan ini mula bermain di benak pemikiran.
Ada yang mengkritik ….
Ada yang memperjuangkannya.
Ada yang setakat mendengar sahaja..

UKHWAH BUKAN UNTUK DIERTIKAN

Tanpa perlu merujuk kepada Kamus Dewan ataupun yang lain-lain, kita sudah mampu memberi definisi ukhwah melalui perjalanan hidup kita sendiri.
Kasih sayang kita kepada ibu dan ayah kita , itu ukhwah dan kekeluargaan.
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan , itu ukhwah persaudaraan sesama manusia.
Kita melaluinya tanpa kita sedari , semuanya bermula dari hati bilamana timbulnya perasaan bertaut ataupun kata mudahnya suka,sayang dan ingin mendekati dan berkenalan , disitu akan lahirnya tapak sebuah ukhwah itu.Semuanya dari diri kita sendiri.
Boleh juga dikatakan ia hadir dengan tiba-tiba.
Janggal untuk kita melihat manusia hidup tanpa ukhwah walaupun sekelumit , ukhwah itu juga lahir bila berlakunya sesuatu perasaan yang mengharap dan bergantung kepada sesuatu .
Manusia bukannya sempurnya , perlu bertaut pada yang lain-lain.
Namun tautan utamanya adalah ALLAH S.W.T.
Inilah erti sebenar ukhwah , bukan untuk diertikan dengan pemahaman, namun ianya perlu dilalui dengan pengalaman dan perjalanan hidup kita.



·       Untuk semua....renung2kan & slamat beramal.....haha....
Post by : farah...

No comments:

Post a Comment