Saturday 19 March 2011

lapang vs sempit..

ada apa pada lapang dan sempit?cite adnan sempit ke...owh tidak2..berhibur tiada salahnya..kerna hiburan itu indah..hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..(sesekali pabila berhibur selitkan sekali dengan nasihat);)
barulah hidup nampak tujuan dan matlamat...bak moto blog nie..hidup kerana Allah..

Kehidupan ini bersifat anjal..kadang2 kita rasa senang..lapang dada..boleh berangan2..kadang-kadang..rasa sesak nafas sebab sibuk sgt..nak tarik nafas pun susah..smpai tercungap-cungap..ish2 sapo la 2..harap2 bkn kite..moh(mari) kite cube rungkaikan apa erti kelapangan dlm kehidupan... ape kata kita renung doa yang diajarkan apabila meneguk air zamzam.Mafhum doa berbunyi sebegini.."Ya Allah,kami memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat,rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit."

CIRI-CIRI LAPANG:
  • memiliki ilmu yg luas
  • memperoleh rezeki yg lapang
  • mendpt kesembuhan drpd segala penyakit
~ seorang profesor yg hebat,akhirnya terlantar dek penyakit yg kronik
~  seorg hartawan dan jutawan pun tidak mampu membeli kesihatan
jadi hargailah nikmat kesihatan yg dikurniakan agar memiliki nikmat lapang yg sejati...

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud.."umur-umur umatku berkisar antara 60-70 tahun.Sangat sedikit antara mereka yang umurnya lebih daripada itu" (Riwayat Tirmizi)

andaikan purata umur kita 60-70 tahun..dalam Al-Quran ada menyebutkan bahawa 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia..jika jangka hayat kita ialah 63 maka kita sama dengan 1 setengah jam sahaja di akhirat..begitu singkatkan..namun cube kite fikirkan apa yg telah kita lakukan..sebagai bekalan ke akhirat..gunalah usia seoptimum yg mungkin..

Rasulullah saw bersabda.. yg dilaporkan Abdullah  Ibn Umar;
"Aku bersama dengan Rasulullah.Kemudian datang kepadanya seorang lelaki daripada kalangan Ansar memberi salam ke atas Nabi saw kemudian berkata: "wahai Rasulullah,siapakah mukmin yg terbaik?"Nabi menjawab:"mereka yg paling baik akhlaknya".Dia bertanya lagi,"Maka siapakah yg plg bijak?"Nabi menjawab:"mereka yg plg byk mengingati mati dan yg terbaik ialah yg melakukan persediaan untuk selepas itu.Itulah org yg bijak."(Riwayat al-Baihaqi)

 Semoga kita tergolong dalam insan yg mempunyai usia yg berkat..pendeknya bermanfaat dan panjangnya melimpahkan kebaktian...

Mari kita mencontohi tokoh yg bernama Ahmad bin al-Husain bin Ahmad al-Isfahani yg terkenal dengan panggilan Abu Syuja'.Beliau memiliki umur yg pnjg,iaitu 160 tahun namun masih sihat dari segi penglihatan,pendengaran dan ingatan.Apakah rahsianya??Ulama' ini mengatakan,'Saya  menjaga anggota badan ini daripada maksiat pada masa muda,maka Allah menjaganya pd masa tua'..kata2 ini seperti riwayat Imam al-Tirmizi daripada Ibn Abbas r.a,bahawa Nabi saw pernah berpesan kepadanya:"wahai anak,aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat.Jagalah Allah,maka Allah akan menjagamu".Imam al-Tirmizi berkata ini adalah hadis hasan sahih.

Marilah juga kita mengambil iktibar dan renungan bagi mengoreksi diri menerusi hadis dan kata2 ini..buat pedoman dan pesanan...
~Dalam hadis yg disahihkan oleh al-Hakim daripada Ibn Mas'ud,Rasulullah saw bersabda yg bermaksud;"Sesiapa yg malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya,maka ia akan menjaga kepala beserta isinya,menjaga perut dan kandungannya serta selalu mengingat maut dan kebinasaan.Sesiapa yg menginginkan akhirat,maka ia meninggalkan kemewahan dunia.Sesiapa yang melakukan ini,maka ia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya."...

~ kata Abdullah Ibn Mas'ud:'Aku tidak pernah menyesali sesuatu seperti penyesalanku ketika matahari telah terbenam..yang saat itu umurku berkurang,namun amalku tidak bertambah'.





di dunia pun dah menarik..camner lah pulak di jannah nanti..;)

No comments:

Post a Comment