Monday 28 March 2011

PeNiLaiaN MaNuSia VS PeNiLaiaN Allah?

Alhamdulillah tanggal 28 Mac 2011 9 orang ahli PAI 3 telah menjalani oral untuk Bahasa Inggeris. Namun terdapat sedikit mehnah dan tribulasi terpaksa kami hadapi demi memuaskan hati Pensyarah kami. Sebagai seorang pelajar kami mencuba sedaya upaya kami supaya apa yang kami bentangkan dapat memuaskan hati beliau.
Namu sayang seribu kali sayang apa yang kami buat amatlah kurang memberangsangkan. Mungkin sebabkan kami langsung tidak membuat persediaan. Kami harap markah itu langsung tidak menjejaskan markah akhir peperiksaan.
Mungkin peristiwa ini akan dikenang oleh semua ahli PAI 3 yang bentang semalam. Tapi kat situ kita boleh refleks balik diri kita betapa susahnya nak puaskan hati manusia yang bernama pensyarah yang mempunyai berganda-ganda pengalaman dan ilmu dari kita. Betapa susahnya untuk mendapat markah penuh atau sekurang-kurangnya mendapat markah yang mungkin kalau tak penuh pun dapat markah yang terbaik memuaskan sedikit hati kita. Namun, semalam markahnya sikit sangat tapi Alhamdulillah ada markah daripada takda langsung.
Cuba kita bayangkan pula macam mana pemberian markah untuk IBADAH kita oleh Allah Tuhan Sekelian Alam?? Dah la kita buat IBADAH sambil LEWA. Yang sunat memang tinggal. Buat mana yang wajib. Xbuat ikut yang betul-betukl disyariatkan.
            Contohnya:     Solat Fardhu Tapi Khusyuk Xde
                                    Solat Fardhu Tapi Sensorang
                                    Solat Fardhu Tapi Xde iringan dari Solat Rawatib
                                    Sebelum Solat Wudhuk Xsempurna
                                    Kalau Puasa Penuh Dengan Tidur
                                    Kalau Puasa Solat Lagi Xkhusyuk
                                    Kalau Puasa Mengumpat
       Dan sebagainya… susahla kalau nak senarai semua. Tapi macam tu la.
Manusia yang sering buat dosa pun bila menilai kita susah nak mencapai kepuasan hati. Macam mana pulak penilaian Allah kepada kita.
Sepatutnya hidup kita ni dari bangun tidur sampai tidur balik penuh dengan ibadah  xde satu pun dalam 24 Jam tu bukan ibadah. Tapi sekarang apa yang kita buat 1 Jam lebih  je ibadah. Apa dia?
·         Solat subuh 8 minit campur wirid dan Al-Quran.
·         Solat zuhur 15 minit campur wirid campur Kultum. (kalau g balai)
·         Solat asar 15 minit campur ta’alim campur mathurat. (kalau g balai atau kalau baca sendiri)
·         Solat magrib 1 jam campur kuliah maghrib. (kalau g balai)
·         Solat isyak 8 minit campur wirid.
Ni lah secara kira-kira nya… n itu pun kalau pergi balai.  Kalu x g balai mungkin ibadah kita 30 minit je. Purata lebih kurang 5 – 6 minit satu solat fardhu.
Daripada 24 jam banyak tu je ibadah. Baik xyah hidup la. Sebab kita memng dihidupkan di dunia ni untuk beribadah kepada Allah. Ibadah tu bukan solat, puasa, zakat je. Makan pun boleh jadi ibadah kalau makan dengan doa dan makan niat kerana Allah. Tidur boleh jadi ibadah kalau tidur untuk mengumpul tenaga supaya dapat beribadah kepada Allah. Bercakap boleh jadi ibadah kalau bercakap benda yang betul. Ini hidup hanya untuk ENJOY!!!
Kalau dinasihat katanya HAK diri sendiri.. entahla… HAk ALLAH macam mana? HAK RASULULLAH? HAK RUMAH ALLAH?
Anda fikirlah sendiri.. tepuk dada tanya IMAN.
            “nak syurga or neraka?”
            “nak dosa or pahala?”
            “nak redha or murka?”

                         

No comments:

Post a Comment