Tuesday 22 March 2011

Maka NikMat TUHANMU YaNg maNakaH kaMu duStaKaN??!!


1.     (dua syurga) Yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
2.    Dan orang Yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga, -
3.    Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua matair Yang mengalir; -
4.    Pada kedua syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan Yang luar biasa).
5.    Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing Dalam syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, Yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal Yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
6.    Di Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari Yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
7.    Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
8.    Bukankah tidak ada balasan bagi amal Yang baik - melainkan balasan Yang baik juga?
9.    Dan selain dari dua syurga itu, dua syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat Yang kedua);
10.  Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
11.   Dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua matair Yang terus menerus memancutkan airnya:
12.  Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
13.  Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat (teman-teman) Yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
14.  Ia itu bidadari-bidadari, Yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
15.  (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
16.  Penduduk syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar Yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani Yang sangat indah.
17.  Maha Sucilah nama Tuhanmu Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
18.  (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.
19.  (di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia Yang terdahulu;
20. Dan sebilangan kecil dari orang-orang Yang datang kemudian.
21.  (Mereka duduk di Dalam syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran Yang bertatahkan permata;
22.  Sambil berbaring di atasnya Dengan berhadap-hadapan.
23.  Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki Yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), Yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
24. Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas Yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya Yang mengalir.
25.  Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk Dengan sebab menikmatinya.
26. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis Yang mereka pilih,
27. Serta daging burung dari jenis-jenis Yang mereka ingini.
28. Dan (Mereka dilayani) bidadari-bidadari Yang cantik parasnya,
29. Seperti mutiara Yang tersimpan Dengan sebaik-baiknya.
30. (semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) Yang mereka telah kerjakan.
31.  Mereka tidak akan mendengar Dalam syurga itu perkataan Yang sia-sia dan tiada pula sesuatu Yang menyebabkan dosa; -
32.  Mereka hanya mendengar ucapan: " selamat! selamat! " (dari satu kepada Yang lain).
33.  Dan puak kanan, - Alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
34. Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara Yang tidak berduri.
35.  Dan pokok-pokok pisang Yang tersusun rapi buahnya,
36. Dan naungan Yang tetap terbentang,
37. Dan air Yang sentiasa mengalir,
38. Serta buah-buahan Yang banyak,
39. Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
40. Dan tempat-tempat tidur Yang tertinggi keadaannya.
41.  Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka Dengan ciptaan istimewa,
42. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
43. Yang tetap mencintai jodohnya, serta Yang sebaya umurnya.
44. (semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
45. Iaitu sebilangan besar dari orang-orang Yang terdahulu,

~Antara nikmat syurga yg terdapat dalam Surah Ar-Rahman dan Al-Waqi’ah~

~stakat ni je yg mampu disenaraikan... yg tidak tersenarai?? yg dalam hadis?? betapa banyaknya nikmat syurga yg ALLAH kurniakan kepada orang yg bertaqwa.

tanya Iman, percaya tak dengan nikmat ni? kalau percaya mesti tak nak wat benda yg Allah larang dah sebabb mesti nak berlumba-lumba untuk dapatkan segala nikmat ni. 
semuanya bermula dengan iman.. percaya atau tidak...
sama ada berIMAN atau tidak kepada hari akhirat??

No comments:

Post a Comment