Friday 6 May 2011

~ sEloKa kAmi ~




Assalamualaikum pembuka bicara,
Dari kami student  PENGAJIAN ISLAM,
Bukan nak publisiti just nak bermesra,
Bacalah ia siang dan malam.

Kelas kecoh tak tentu hala
Ada sahaja yang buat perkara
Ragam kita bermacam rupa
Nak tahu apa sebabnya? He..he…

4 teruna menjadi teman,
17 dara menjadi pilihan,
Ingin mengaut kejayaan,
Harapan ibubapa, guru, dan murid kesayangan.

Muhd Firdaus ketua kelas,
Sekali bercakap xmau beghenti,
Kadang2 rajin, kadang2 malas,
Hei Kuboq ! taun dpan nk jd ku lagi?

Dia mamat klate kelas kami,
Sentiasa tersenyum tak kire masa,
Muhd Arip empunye diri,
Kekasihnya pula sebuah vespa.

M. Syafik datang dari temerloh,
Waktu belajar mesti fokus,
Sometimes diam, sometimes rioh,
Hei Syafik, pe rahsia kurus.

Lelaki Terengganu dalam kelas kami,
Berjalan senyap, ke sana ke mari,
Wan Fakhrudin nama sejak azali,
Sangat pendiam di kalangan kami.

Penolong ketua kelas jawatan dia,
Hasniza Hassan itulah namanya,
Safanah Adnan kawan baiknya,
Selalu bz, hei kome ape kghojenya ?

Tinggal di umar duduk sebilik,
Lahir pula disebelah timur,
Syafa dan mas member sejatik,
Ke mana pergi mesti beratur.

Berkaca mata pengemas orangnya,*Uwekkk...
Farah Azila itulah dia,
Sekali gelak xhengat dunia ,
Buat bising memang hobinya.

Nurul Husna manja orangnya,
Sering tersenyum tak kira masa,
Mengeletek hati meriuhkan keadaan,
Itulah una empunya badan.
Berjawatan bendahari umi yang empunya,
Anak kelima berketurunan jawa,
Asyik membebel setiap hari,
‘’Bile korang nak bayar duit ni’’?.

Lemah lembut pendiam orangya,
Duduk didepan pilihan hatinya,
Kalau tersenyum manis mukanya,
Itulah Amira empunya cerita.

Kakak cute kelas kami,
Hitam manis warna kulitnya,
Nurul Faizah empunya diri,
Banyak tersengih dari ketawa.

Nama sebenarnya Siti Zahira,
Permaisuri pula nama glamournya,
Asma pula rakan seangkatan,
Digelar pendiam sama-sama padan.

Orangnya tinggi gagah sekali,
Dari Selangor datang kemari,
Farhatul Alya empunya diri,
Bile gelak xbleh berhenti.

Orangnya lembut tiada tandingan,
Puteri Fatin empunya gerangan,
Kemana sahaja sering berangan,
Putera Brunei menjadi taruhan.

Bising orangnya ramah sekali,
Apa sahaja semuanya reti,
Bila bercakap style sendiri,
Itulah Nadia punya peribadi.

Dulu mawi kini mawi,
Seorang engineer tetap di hati,
Menjadi idaman pasangan nanti,
Nur ‘Izzati gelaran diberi.

Tak banyak mulut tak banyak kerenah,
Dalam belajar banyak tekanan,
Pabila disoal terus gelabah,
Evarina Idayu itulah gelaran.

Puteri tunggal dlm keluarga
Mardiah Idris org ternama
Nampak gaya hidup bahagia
Rupanya dia sudah berpunya.

Wahai teman, rakan & taulan,
Ini hanya sekadar gurauan,
Bergurau senda menjadi hiburan,
Untuk menjalin ukhuwah persahabatan.

Wahai kawan jangan terasa,
Ini memang gerangan saya,
Salah & silap terkasar bahasa,
Harap maafkan saya ea.

Create by : Farah Azila

3 comments:

  1. hahah. tenggkiyyuuu. sayang korg semuoo!! :)

    ReplyDelete
  2. una manje..??hahaha =P
    ak asyik membebel.....?biadap ye!sabo jelaa.hahah.
    pndai..pndai...wt seloka...sajak xd k?heheh

    ReplyDelete
  3. wah2 xsngke kte kwn ngn sasterwan negare..hehe.. tenkiu fara...:)
    pu3 brunei

    ReplyDelete