Wednesday 30 March 2011

KhiDmaT bAkTi di KaMpuNg LubUk LEsuNg.

Hari ini tanggal 31 mac 2011, kami semua unit pai 3 dan 6 unit yang lain iaitu BM, KS,MT1 MT2, TESL1, dan PK akan berangkat ke kampung lubuk lesung di ketengah, kemaman. Ini adalah untuk tugasan pengurusan gerko. Pensyarah iringan kami ialah En. Zaid dan Pn. Rosnah.
Dalam jam 11 ni kami akan bertolak tapi ramai ahli pai 3 xpacking lagi, terutamanya penulis ni. Kelam kabut la. Tak tau la…. Naik ijazah semester 1 ni busy sangat. Tetiba jadi ‘culture shock’. Kalau sebelum ni boleh lepak-lepak, banyak tido tapi untuk sem ni rasa macam tak cukup tanah nak ber jalan (hiperbola).. konon la sibuk.
Tapi sebenarnya masalah pengurusan masa. Sebenarnya ni pendapat penulis. Tak tau la kalau ahli lain rasa yang sama macam penulis ni. Harap walau apa pun yang dibuat akan diberkati Allah. Sia-sia je, buat esemen, pergi kuliah, berukhuwah dengan sahabat tapi semuanya kosong. Kita ingat dah banyak dah pahala, tetiba bila ditunjukkan segala amalan xde. Kosong. Sedih yang teramatlah jawabnya. Semoga pemergian kami ini diniatkan kerana Allah. Semoga Allah merahmati segala yang kami buat. Semoga xde maksiat yang akan mengundang kemurkaan Allah
Nak gerak dah la… penulis x packing barang… tu la masalah nya kalau orang FAIL time management… semoga dipermudahkan…semoga kami semua selamat perjalanan.
Semoga berjumpa lagi…

Monday 28 March 2011

PeNiLaiaN MaNuSia VS PeNiLaiaN Allah?

Alhamdulillah tanggal 28 Mac 2011 9 orang ahli PAI 3 telah menjalani oral untuk Bahasa Inggeris. Namun terdapat sedikit mehnah dan tribulasi terpaksa kami hadapi demi memuaskan hati Pensyarah kami. Sebagai seorang pelajar kami mencuba sedaya upaya kami supaya apa yang kami bentangkan dapat memuaskan hati beliau.
Namu sayang seribu kali sayang apa yang kami buat amatlah kurang memberangsangkan. Mungkin sebabkan kami langsung tidak membuat persediaan. Kami harap markah itu langsung tidak menjejaskan markah akhir peperiksaan.
Mungkin peristiwa ini akan dikenang oleh semua ahli PAI 3 yang bentang semalam. Tapi kat situ kita boleh refleks balik diri kita betapa susahnya nak puaskan hati manusia yang bernama pensyarah yang mempunyai berganda-ganda pengalaman dan ilmu dari kita. Betapa susahnya untuk mendapat markah penuh atau sekurang-kurangnya mendapat markah yang mungkin kalau tak penuh pun dapat markah yang terbaik memuaskan sedikit hati kita. Namun, semalam markahnya sikit sangat tapi Alhamdulillah ada markah daripada takda langsung.
Cuba kita bayangkan pula macam mana pemberian markah untuk IBADAH kita oleh Allah Tuhan Sekelian Alam?? Dah la kita buat IBADAH sambil LEWA. Yang sunat memang tinggal. Buat mana yang wajib. Xbuat ikut yang betul-betukl disyariatkan.
            Contohnya:     Solat Fardhu Tapi Khusyuk Xde
                                    Solat Fardhu Tapi Sensorang
                                    Solat Fardhu Tapi Xde iringan dari Solat Rawatib
                                    Sebelum Solat Wudhuk Xsempurna
                                    Kalau Puasa Penuh Dengan Tidur
                                    Kalau Puasa Solat Lagi Xkhusyuk
                                    Kalau Puasa Mengumpat
       Dan sebagainya… susahla kalau nak senarai semua. Tapi macam tu la.
Manusia yang sering buat dosa pun bila menilai kita susah nak mencapai kepuasan hati. Macam mana pulak penilaian Allah kepada kita.
Sepatutnya hidup kita ni dari bangun tidur sampai tidur balik penuh dengan ibadah  xde satu pun dalam 24 Jam tu bukan ibadah. Tapi sekarang apa yang kita buat 1 Jam lebih  je ibadah. Apa dia?
·         Solat subuh 8 minit campur wirid dan Al-Quran.
·         Solat zuhur 15 minit campur wirid campur Kultum. (kalau g balai)
·         Solat asar 15 minit campur ta’alim campur mathurat. (kalau g balai atau kalau baca sendiri)
·         Solat magrib 1 jam campur kuliah maghrib. (kalau g balai)
·         Solat isyak 8 minit campur wirid.
Ni lah secara kira-kira nya… n itu pun kalau pergi balai.  Kalu x g balai mungkin ibadah kita 30 minit je. Purata lebih kurang 5 – 6 minit satu solat fardhu.
Daripada 24 jam banyak tu je ibadah. Baik xyah hidup la. Sebab kita memng dihidupkan di dunia ni untuk beribadah kepada Allah. Ibadah tu bukan solat, puasa, zakat je. Makan pun boleh jadi ibadah kalau makan dengan doa dan makan niat kerana Allah. Tidur boleh jadi ibadah kalau tidur untuk mengumpul tenaga supaya dapat beribadah kepada Allah. Bercakap boleh jadi ibadah kalau bercakap benda yang betul. Ini hidup hanya untuk ENJOY!!!
Kalau dinasihat katanya HAK diri sendiri.. entahla… HAk ALLAH macam mana? HAK RASULULLAH? HAK RUMAH ALLAH?
Anda fikirlah sendiri.. tepuk dada tanya IMAN.
            “nak syurga or neraka?”
            “nak dosa or pahala?”
            “nak redha or murka?”

                         

Tuesday 22 March 2011

Maka NikMat TUHANMU YaNg maNakaH kaMu duStaKaN??!!


1.     (dua syurga) Yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
2.    Dan orang Yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga, -
3.    Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua matair Yang mengalir; -
4.    Pada kedua syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan Yang luar biasa).
5.    Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing Dalam syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, Yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal Yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
6.    Di Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari Yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
7.    Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
8.    Bukankah tidak ada balasan bagi amal Yang baik - melainkan balasan Yang baik juga?
9.    Dan selain dari dua syurga itu, dua syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat Yang kedua);
10.  Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
11.   Dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua matair Yang terus menerus memancutkan airnya:
12.  Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
13.  Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat (teman-teman) Yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
14.  Ia itu bidadari-bidadari, Yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
15.  (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
16.  Penduduk syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar Yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani Yang sangat indah.
17.  Maha Sucilah nama Tuhanmu Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
18.  (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.
19.  (di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia Yang terdahulu;
20. Dan sebilangan kecil dari orang-orang Yang datang kemudian.
21.  (Mereka duduk di Dalam syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran Yang bertatahkan permata;
22.  Sambil berbaring di atasnya Dengan berhadap-hadapan.
23.  Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki Yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), Yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
24. Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas Yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya Yang mengalir.
25.  Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk Dengan sebab menikmatinya.
26. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis Yang mereka pilih,
27. Serta daging burung dari jenis-jenis Yang mereka ingini.
28. Dan (Mereka dilayani) bidadari-bidadari Yang cantik parasnya,
29. Seperti mutiara Yang tersimpan Dengan sebaik-baiknya.
30. (semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) Yang mereka telah kerjakan.
31.  Mereka tidak akan mendengar Dalam syurga itu perkataan Yang sia-sia dan tiada pula sesuatu Yang menyebabkan dosa; -
32.  Mereka hanya mendengar ucapan: " selamat! selamat! " (dari satu kepada Yang lain).
33.  Dan puak kanan, - Alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
34. Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara Yang tidak berduri.
35.  Dan pokok-pokok pisang Yang tersusun rapi buahnya,
36. Dan naungan Yang tetap terbentang,
37. Dan air Yang sentiasa mengalir,
38. Serta buah-buahan Yang banyak,
39. Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
40. Dan tempat-tempat tidur Yang tertinggi keadaannya.
41.  Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka Dengan ciptaan istimewa,
42. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
43. Yang tetap mencintai jodohnya, serta Yang sebaya umurnya.
44. (semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
45. Iaitu sebilangan besar dari orang-orang Yang terdahulu,

~Antara nikmat syurga yg terdapat dalam Surah Ar-Rahman dan Al-Waqi’ah~

~stakat ni je yg mampu disenaraikan... yg tidak tersenarai?? yg dalam hadis?? betapa banyaknya nikmat syurga yg ALLAH kurniakan kepada orang yg bertaqwa.

tanya Iman, percaya tak dengan nikmat ni? kalau percaya mesti tak nak wat benda yg Allah larang dah sebabb mesti nak berlumba-lumba untuk dapatkan segala nikmat ni. 
semuanya bermula dengan iman.. percaya atau tidak...
sama ada berIMAN atau tidak kepada hari akhirat??

Saturday 19 March 2011

lapang vs sempit..

ada apa pada lapang dan sempit?cite adnan sempit ke...owh tidak2..berhibur tiada salahnya..kerna hiburan itu indah..hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..(sesekali pabila berhibur selitkan sekali dengan nasihat);)
barulah hidup nampak tujuan dan matlamat...bak moto blog nie..hidup kerana Allah..

Kehidupan ini bersifat anjal..kadang2 kita rasa senang..lapang dada..boleh berangan2..kadang-kadang..rasa sesak nafas sebab sibuk sgt..nak tarik nafas pun susah..smpai tercungap-cungap..ish2 sapo la 2..harap2 bkn kite..moh(mari) kite cube rungkaikan apa erti kelapangan dlm kehidupan... ape kata kita renung doa yang diajarkan apabila meneguk air zamzam.Mafhum doa berbunyi sebegini.."Ya Allah,kami memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat,rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit."

CIRI-CIRI LAPANG:
  • memiliki ilmu yg luas
  • memperoleh rezeki yg lapang
  • mendpt kesembuhan drpd segala penyakit
~ seorang profesor yg hebat,akhirnya terlantar dek penyakit yg kronik
~  seorg hartawan dan jutawan pun tidak mampu membeli kesihatan
jadi hargailah nikmat kesihatan yg dikurniakan agar memiliki nikmat lapang yg sejati...

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud.."umur-umur umatku berkisar antara 60-70 tahun.Sangat sedikit antara mereka yang umurnya lebih daripada itu" (Riwayat Tirmizi)

andaikan purata umur kita 60-70 tahun..dalam Al-Quran ada menyebutkan bahawa 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia..jika jangka hayat kita ialah 63 maka kita sama dengan 1 setengah jam sahaja di akhirat..begitu singkatkan..namun cube kite fikirkan apa yg telah kita lakukan..sebagai bekalan ke akhirat..gunalah usia seoptimum yg mungkin..

Rasulullah saw bersabda.. yg dilaporkan Abdullah  Ibn Umar;
"Aku bersama dengan Rasulullah.Kemudian datang kepadanya seorang lelaki daripada kalangan Ansar memberi salam ke atas Nabi saw kemudian berkata: "wahai Rasulullah,siapakah mukmin yg terbaik?"Nabi menjawab:"mereka yg paling baik akhlaknya".Dia bertanya lagi,"Maka siapakah yg plg bijak?"Nabi menjawab:"mereka yg plg byk mengingati mati dan yg terbaik ialah yg melakukan persediaan untuk selepas itu.Itulah org yg bijak."(Riwayat al-Baihaqi)

 Semoga kita tergolong dalam insan yg mempunyai usia yg berkat..pendeknya bermanfaat dan panjangnya melimpahkan kebaktian...

Mari kita mencontohi tokoh yg bernama Ahmad bin al-Husain bin Ahmad al-Isfahani yg terkenal dengan panggilan Abu Syuja'.Beliau memiliki umur yg pnjg,iaitu 160 tahun namun masih sihat dari segi penglihatan,pendengaran dan ingatan.Apakah rahsianya??Ulama' ini mengatakan,'Saya  menjaga anggota badan ini daripada maksiat pada masa muda,maka Allah menjaganya pd masa tua'..kata2 ini seperti riwayat Imam al-Tirmizi daripada Ibn Abbas r.a,bahawa Nabi saw pernah berpesan kepadanya:"wahai anak,aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat.Jagalah Allah,maka Allah akan menjagamu".Imam al-Tirmizi berkata ini adalah hadis hasan sahih.

Marilah juga kita mengambil iktibar dan renungan bagi mengoreksi diri menerusi hadis dan kata2 ini..buat pedoman dan pesanan...
~Dalam hadis yg disahihkan oleh al-Hakim daripada Ibn Mas'ud,Rasulullah saw bersabda yg bermaksud;"Sesiapa yg malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya,maka ia akan menjaga kepala beserta isinya,menjaga perut dan kandungannya serta selalu mengingat maut dan kebinasaan.Sesiapa yg menginginkan akhirat,maka ia meninggalkan kemewahan dunia.Sesiapa yang melakukan ini,maka ia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya."...

~ kata Abdullah Ibn Mas'ud:'Aku tidak pernah menyesali sesuatu seperti penyesalanku ketika matahari telah terbenam..yang saat itu umurku berkurang,namun amalku tidak bertambah'.





di dunia pun dah menarik..camner lah pulak di jannah nanti..;)

Friday 18 March 2011

Assalamu'alaikum.
Blog Klaskitepai3 ini dibuka sempena pertandingan yang dianjurkan oleh biro komputer JPP ipgkdri. Mungkin ini permulaan baik supaya PAI3 buka Blog setelah lebih setahun setengah di IPG KDRI. boleh kita kongsi jerih perih, suka duka dalam kita menjadi siswa GURU IPGKDRI.